Tuesday, August 4, 2015

Buletin Falak Jabatan Mufti Kedah Edisi Perdana

Buat tatapan kali pertama Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah berjaya menerbitkan satu Buletin Al-Falak (Edisi Perdana Raya) yang boleh dimuat turun sekarang.

Buletin Al-Falak ini tidak lain tidak bukan untuk memperkasakan lagi fungsi Bahagian Falak JMNK khususnya masyarakat di Bumi Kedah khususnya dan Malaysia amnya..

Segala kekurangan, kesalahan bagi pihak Bahagian Falak JMNK memohon maaf di atasnya. Moga ia menjadi satu wadah rujukan buat peminat ilmu falak. Doakan semoga penerbitan edisi seterusnya berjalan lancar..

https://drive.google.com/file/d/0B7S7paOGdHtVS0lGeUZINDgzZEk/view?usp=docslist_api

Monday, August 3, 2015

Pameran Falak Perpustakaan KUIN



Pameran Falak yang menggabungkan penyertaan Bahagian Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah bertempat di Perpustakaan Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil.
Diadakan pada 3-4 Ogos 2015 (Isnin dan Selasa). Kepada yang berkelapangan dijemput hadir ke sana bagi memeriahkan program tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah pameran, penukaran tarikh masihi-hijri dan bermacam-macam lagi..